Tempe & Tauhu. (kesihatan dari pemakanan)

assalamualaikum..
bismillahirahmanirahim..

harini ella nak share tentang tempe dan tauhu.
kebaikannya amat di senangi bagi penggemar-2 makanan ini.
khasiatnya tidak di nafikan mampu menarik setiap orang dalam pemakanan.
sebenarnya ella dulu tidak seberapa sukakan memakan tempe. tetapi,ella sudah
semakin menyukai dengan memakan tempe. ramai juga orang yang sukakan
memakan tempe ini. terutamanya orang indonesia dan jawa.
manakala tauhu,antara makanan yang di gemari khusus di kalangan
orang cina,korea,jepun.
err. ella tak suka makan tauhu ni.
kena ingat wahai pembaca. tempe boleh di makan.
ada yang masih keliru tentang kesan memakan tempe kerana asalnya dari kacang soya.
tapi sebenarnya tempe bagus kerana sudah memalui proses penapaian.
tetapi jangan lah makan mentah-2. makanlah selepas di masak,mungkin dengan cara
menggoreng :)


tempe adalah makanan yang sangat popular di asia tenggara dan berasal dari orang
melayu suku kaum jawa (indonesia). tempe dan tauhu adalah sangat berbeza sebenarnya,
orang ramai sering mengkaitkan 2 jenis makanan ini,kerana pengasas kedua-2 makanan ini
adalah dari kacang soya. cuma prosesnya yang berbeza iaitu penapaian tempe banyak zat
dan komponen yang tidak ada pada tauhu. contohnya,ia mempunyai rasa yang kuat
dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu. kaum vegeterian di seluruh dunia banyak telah
menggunakan tempe sebagai pengganti daging.
khasiatnya,tempe berpotensi melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang
proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif (aterosklerosis, jantung koroner, diabetes melitus, kanser). tempe ini juga menandungi zat antibakteria penyebab diare,
penurun kolestrol darah,pencegah sakit jantung dan hipertensi. adanya
enzim yang dihasil dari tempe maka protein,lemak dan karbohidrat pada tempe
menjadi mudah di cerna di dalam tubuh berbanding yang terdapat pada kacang soya asal.
sepotong tempe goreng sudah cukup untuk meningkatkan mutu gizi 200g nasi.
tempe di sediakan,selepas di potong kepada kepingan kecil dan di rendam di dalam air garam atau sos masin dan di goreng. boleh di makan begitu sahaja atau di campur cili,sup
dan kuah. tempe digambarkan pelbagai perisa iaitu berkacang,berdaging dan seperti cendawan.


nampak sedap tak? dah goreng,makan ranggup2 lagi. :)



tauhu.
tauhu adalah makanan yang diperbuat dari kacang soya yang di tapaikan dan di
ambil patinya. tauhu adalah kata pinjaman dari bahasa Hokkien (tauhu) yang secara harfiah
membawa pengertian "kacang soya yang di tapaikan".
di jepun tauhu di kenali sebagai tofu. tauhu juga dapat mencegah kita daripada mendapat
penyakit kanser. isoflavon yang terdapat pada tauhu merupakan sumber
fitokimia yang sangat kaya di dalam kacang soya dan mampu melawan kanser dengan
adanya kesan fitoestrogen. wanita jepun di katakan,berisiko rendah untuk mendapat kanser
payudara dan mempunyai kadar isoflavin yang tinggi kerana banyak mengambil
produk yang mengandungi kacang soya. dan tauhu ini juga dapat memutihkan kulit
sekali melicinkan kulit menjadi lebih cantik. begitulah asas dari negara cina,korea dan jepun.


nampak sedap jew,putih lembab..




apa yang dikatakan kacang soya banyak kesan buruk selepas memakannya.
saya tidak dapat pastikan. kerana ada dari pelbagai sudut,mengatakan kacang soya mengandungi banyak vitamin yang baik untuk kesihatan tubuh badan. dan dari sudut yang banyak mengatakan bahawa kacang soya membawa kesan yang tidak baik
pada tubuh badan si penggemar kacang soya. terus terang saya katakan,dalam
perkembangan dan kajian-2 dunia sekarang ini dapat mengelirukan manusia
di seluruh dunia. ada yang tidak percaya pada fakta yang mencurigakan,dan ada sebaliknya.
pada pendapat saya,pemakanan anda adalah penjamin kesihatan anda untuk esok dan
masa akan datang. anda cuma perlu bijak merancang pemakanan yang seimbang dan berkhasiat untuk seharian.


xoxo reader,




Kalau Dah Baca,Sila Lah Like ^.^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila2 lah komen ek..
sudi2 lah,kerana dirimu...begitu berharga !! ^^

Di KuasaKan Oleh Rosemila Muhammad