Family Vacation's :)

Assalamualaikum.....
Bismillahirahmanirahim...

hye kawan2 yg tercinta! urghh! lamanya tak update blog ni.
ella gi bercuti lah. amacam ngan novel on9 ella? nti lah bru buat chapter 3 lg..
bila ella balik ja dari bercuti,ella tgk ramai dah org update entri semasa dorang.
ella jew yg lembab. tak banyak follower/reader lagi.
hehee.. ella nak share percutian ella kat blog dgn semua kawan2 pembaca yg
dikasihi sekalian. chinese new year ni org yg keja kerajaan ngan budak2 sekolah cuti semggu kan? mesti ramai yg pergi bercuti ni. ada juga yg duk kat umah
layan internet sakan 24hours. tapi xpew,kalau ada rezeki nanti cuti next time
pergilah trip erk ;)
holiday this time ada mama,so ella excited sangat. tapi kadang2 tue
anak buah meragam geram juga.. tapi biasalah budak2. hehehe..
so,our map actually menunjukkan ke kundasang sahaja.
tapi family nak direct ke kota kinabalu city. so pergi ja lah.
ada 2 family dalam holiday ni. family ella ngan family kawan abg ella.
so bila sampai kat kundasang jew,kitorang stay kat pine resort.
tu bukan hotel tau. RESORT. tempat tu so cantik! gojes cam anak owner
nya kut. hehe.. kat atas gunung,sejuk habis! begegar2 kitorang.
lapar terus lah jugak,sbb bila kita kesejukan secara tak langsung
kita akan lapar juga kan? so nak makan jew terus,tapi paling syiok tidur juga.
hehe. sampai harini kalau cuaca hujan berangin malam nan sejuk,ella
terasa macam kundasang. kalau pagi atau hujan,kabus berembun
mesti nampak kat depan mata. bestttt! then lepas habis berehat kitorang pergi
cari ladang strawberry. tapi actually xda ladang strawberry. garden dia
jew yg ada. huhuu! so sad :(
tapi,part yg paling best bila melawat ladang lembu. tau tak SUSU DESA?
hah! dari situlah asal dan pengeluaran nya.
sedap sangat rasa susu tu,kalah dutchlady i tell u!
ngeee ~~ lepas tu direct g kk. kat sana jumpa kakak yg duk kat
sepitang,KK. selama dua hari bertapak di KK,barulah kitorang
balik. paling tak tahan bila dalm kereta 8 jam. muntah beb!
tu lah sapa suru nak ikut,kan! jalan dekat kundasang macam ular.
pening kepala. perggh! okay,ella tak nak cerita lagi.
ada beberapa keping gambar ella ambik. so,take a look ^^


nice view,right?

gojes me. ngee ~.~

with beloved mom ;)

view from room

our room. like a house,isn't?

kat strawberry rose garden.

ni lah dapat. asam2 strawberry & strawberry inside chocolate.

kat ladang lembu. see that susu desa? so fresh baby!

looks like me?? haha. its me.


where this place? we didn't stay here. kitorang just step by.
ladang lembu kat bawah,tempat ni atas lagi... the place name is,
WonderWorld Resort. so klu ada sesiapa nak cuti2 kat kundasang,kat sni lah best.
cuma tggi sangat. baru lg tempat ni. udara pun x lah sejuk sangat. but still menyamankan.
insyaAllah,our turn will stayed here coming soon :) Amin

xoxo reader.




Kalau Dah Baca,Sila Lah Like ^.^

The Beginning For Me




Assalamualaikum..
Bismillahirahmanirahim..

Ella sekarang dah start nak menulis novel,tapi online jew.
Belum pro lagi macam Sis BNI,Eizda Amani,Anis Ayuni,Rose Harrisa. ngee ~
Chapter one ella dah habis tulis. Tapi masih terfikir2 nak letak tajuk apa.
So ella xda tajuk ella letak ja untittled. Tapi sekarang ni ella dah dapat tajuk.
Ella suka shooting star. So ella nak buat tajuk Shooting Star.
Ni 1st time ella menulis.
Tapi di sebabkan ella memang cintakan dunia penulisan. So ella
cadang nak menulis on9. Ella ni kuat berkhayal yang itu,yang ini...
So kenapa tak ella buat jalan cerita ella sendiri kan?
Harap2 masyarakat pembaca dapat menerima penceritaan ella ni.
Bila buat tittled. Ella cari untuk cover. Dah dapat...
There u go...






Kalau Dah Baca,Sila Lah Like ^.^

shooting star (chapter two)

Sebaik sahaja kapal terbang mendarat. Kaki ku kini d jejakkan d tanah air sendiri. Humm. Dah sampai rumah rasanya,walaupun masih d lapangan terbang. "Welcome to Senai International Airport,Johor Bahru." Kedengaran suara pramugari wanita. Selepas mengambil bagasi,aku melangkah keluar. Terasa seseorang mendekati aku. "Cik bella." Aku menoleh ke belakang. "Ooh. Pak mat." "Mari saya angkatkan beg cik bella." "Baiklah,terima kasih pak mat." Pak mat hanya senyum.
Pak mat adalah pemandu mama dan papa. Dari jauh kelihatan kereta Alphard bewarna hitam. Humm.. Mesti mama jemput ni,sebab kereta Alphard untuk mama. Kalau papa jemput pula, mengunakan kenderaan Mercedes hitam. Pak mat membuka bonet kereta,dan memasukkan bagasi ke dalam bonet. Aku pula membuka pintu kereta untuk masuk ke dalam. Tiada kelihatan kelibat mama,setelah pak mat masuk ke dalam kereta. "Pak mat,mana mama? Tak ikut?"
"Datin kat umah. Datin kata nak jemput bella,tapi memandangkan flight bella lewat smpai pukul 11 a.m. Jadi datin tunggu bella kat umah je katanya. Nak masak untuk tengahari sekali." "Ooh. Papa kat pejabat harini ke,pak mat? Papa drive sendiri lah?" "Iya cik bella. Dato' suruh pak mat jemput cik bella." "Hmm" Aku mengangguk kepala sahaja. "Oh ya,cik bella. Dato' kata hari ni ada pertemuan istimewa dengan pelabur saham syarikat L'avenir Holding." "Pertemuan istimewa? Apa maksud 'istimewa' tu pak mat?" "Makna nya pertemuan yg tidak berlaku dalam pejabat. Pelabur syarikat dan papa cik bella telah membuat temu janji pertemuan di luar pejabat. Dengan makan bersama waktu tengahari ini." "Wah.. Nampak istimewa sangat pelabur kali ni,pak mat." "Mungkin juga cik bella. Pak mat dengar,kawan lama dato'." Kawan lama? Hmm. Ntah la,kawan papa aku tak berapa tahu siapa. Nanti papa akan kenalkan juga tu.. Hal dalam syarikat mestilah aku kena tahu dengan teliti. Dan mesti di selidik walaupun dia keluarga sekalipun. Bukannya syak wasangka terlebih pula. Tapi cuma nak berwaspada,zaman sekarang ni saudara mara pun boleh menghancurkan sesama sendiri.
Sampai ke halaman rumah. Aku turun dari kereta,sementara itu pak mat mengambil bagasi aku.
"Assalamualaikum." Mama kelihatan dari dapur muncul dan berjalan menuju ke arah aku di muka pintu. "Waalaikumsalam." "Bella,apa khabar nak?" Aku bersalam dengan mama dan mencium tangan dan pipi mama. "Bella sihat lah,ma.. Haa.. Maintain cun lagi ni..!" Sambil memusing-musingkan badan ku di hadapan mama. Mama pun meneliti segala pergerakan ku. Aku berhenti berpusing,tak lama berjuling pula mata mama. Mama ni pun satu,aku pusing kanan dan kiri pun dia tengok juga. Hahaha! "Umm. Iyalah,anak mama tetap lawa walau bagaimanapun!" Kami beriringan masuk ke dalam dapur. "Jom makan. Mama dah masakkan makanan kegemaran bella. Pucuk ubi santan dengan asam pedas. Papa kamu tak lunch sesama harini. Dia ada meeting kat luar katanya." "Tahu. Pak mat dah bagitahu bella tadi. Papa lunch dengan pelabur saham baru ya,ma?"
"Iya.. Papa akan kenalkan pada bella nanti,dan mungkin akan mengaturkan meeting di dalam pejabat nanti untuk seluruh staff syarikat tahu yang ada pelabur saham terbaru dalam syarikat." "Ha? Staff-staff syarikat tu belum tahu lagi apa-apa tentang pelabur terbaru syarikat??" Terkejut aku. "Belum lagi. Papa rasanya sengaja untuk tunggu bella balik dari bercuti. He doesn't want u missed anything about it." Mama menjelaskan pada ku. "Hmm.." Hidung ku terus membau kelazatan makanan di hadapan ku. Sedapnya bau.. Masakkan mama memang terbaikkk! Terbaik dari ladang lah katakan. Hehehe.. Mama hanya memandangku. "Jom lah makan. Cuci tangan dulu,bismillah juga sebelum suap nasi ke dalam mulut tu. Mama nampak macam bella macam nak telan dah semua tu." "Hahaha! Ada-ada je lah mama ni. Nampak sedap sangat. Cuma mama suka sangat masak lauk-lauk berlemak ni tak lama badan bella naik pulak." Sambil menyuapkan lauk dan nasi ke dalam mulut. Terasa enaknya masakan mama. "Ala.. Bukannya selalu pun. Lagipun yg berlemak tu yang ella suka sangat makan,favorite food semuanya yang berlemak. Mama nak buat macam mana. Makanan sihat macam mana pun tak semuanya sedap. Bukannya bella nak makan pun kalau tak ada rasa." "Hehee.." Sengih aku,tayang gigi kat mama. "Tapi,anak mama ni pandai jaga badan juga. Kuat exercise,pagi-pagi pergi mana tu? Gym?" "Gym fitness lah,ma." Aku berkata sambil tersenyum. "Lah.. Sama lah tu kan.." Kami sama-sama tertawa..
Selepas habis makan tenghari,aku naik ke atas bilik. Mama menyuruh aku solat zohor dulu sebelum terlena d atas katil. Aku bergegas ke bilik air untuk mngambil wuduk dan bersolat. Takut bila lama-lama duk punggung kat katil terlena pula. Rasa tired juga,jet leg. Selesai habis solat zohor,aku berbaring di katil. Dan terlena...
"Assalamualaikum.." "Waalaikumsalam." Terdengar suara papa dari pintu masuk rumah memberi salam. Lalu mama membalas salam papa. Aku keluar dari dapur dan bersalam dengan papa. "Hmm. Sihat? Masak dengan mama,ke?" Papa terbau sup tulang mama dari dapur dah tahu yang mama tengah masak dan aku semestinya membantu mama setiap kali memasak. "Alhamdulillah. Sihat walafiat,pa. Tengah bantu mama masak kat dapur lah ni." Lalu mama berkata... "Abang naik lah,mandi dulu. Nanti turun dah,kita makan sama-sama." "Haa.. Iyalah. Papa naik dulu." Aku mengangguk sambil papa berlalu naik ke atas. Aku dan mama kembali ke dapur untuk memasak sisa-sisa tadi yang tertinggal. Mama memang selalu jemput papa kat luar pintu tiap kali papa pulang dari pejabat. Walau lambat macam mana sekalipun papa,mama tetap akan tunggu papa dan jemput kat depan pintu. Bertuah papa dapat mama,dan bertuah aku memiliki mama dan papa sebagai orang tua ku.
Selepas makan malam papa,mama dan aku bersantai di hadapan tv. Papa bersuara. " Bella,bila boleh ke pejabat?" "Ishh.. Abang ni,kan bella baru dari bercuti tu. Masih jet leg agaknya tu." Mama kelihatan seperti tak puas hati dengan pertanyaan papa. Takut mungkin perjalanan di kapal terbang tadi memenatkan aku. "Esok bella dah nak start masuk office,pa. Tak pa ma,bella tak penat pun. Lagipun bella ke sana bukannya atas urusan kerja,tapi bercuti juga. So penat tu dah hilang dah beberapa hari lalu." Aku memandang papa dan mama sambil tersenyum. "Humm. Baguslah kalau begitu. Lusa boleh papa aturkan meeting dengan pelabur saham kita yang terbaru ni. Ni kawan lama papa sebenarnya. Kawan papa waktu belajar kat university dulu. Tapi tentang saham ni,mungkin dia akan mewakilkan anak dia untuk meeting nanti. Papa sengaja nak tunggu bella balik,baru buat meeting and buat officially announcement about
our new stock investors. Supaya bella tak tertinggal apa-apa tentang ni." Jelas papa. "Well,thanx pa. I'll be ready for lusa. But,sapa nama kawan papa tu?" "Tengku Muhammad Hariz" Ooh.. Hatiku menyahut. "Baiklah pa,bella naik tidur dulu. Esok sebelum pergi office bella nak workout lagi. So,nak bangun awal jugak." "Humm. Alright,pergi lah tidur dulu." Aku melangkah kan kaki naik ke bilik. Bila masuk aku berbaring,dan selepas membetulkan posisi aku terfikir.. Papa cakap tadi kawan papa tu nak anak dia wakilkan. Kalau kawan papa,Tengku Muhammad Hariz. Anak dia tengku apa pulak? Alaa.. Peduli lah. Sooner or later i'll get know. Lagipun papa dah nak set kan meeting lusa. Baik tidur,esok dah nak bangun awal. Bukannya masa percutian lagi ni. Hihiii..
Aku tersenyum,menutup mata. Akhirnya terlena d buai mimpi...




Kalau Dah Baca,Sila Lah Like ^.^

Shooting Star (chapter one)


Angin malam meniup lembut helaian rambut. ombak laut kedengaran deras bunyinya menampar telinga,namun membuai jiwa menjadi tenang. "Huuh". Keluhan d lepaskan. Bukan diri ingin mengeluh,tetapi ia bermaksud menghembus nafas lega. Kelegaan pada diri dan minda. Menjadi jiwa tenang dengan keadaan yg tidak pernah di rasakan seperti sekarang. Percutian. Percutian yang di rancang sejak berbulan lalu lamanya. Akhirnya,menjadi juga setelah lama di tangguhkan atas kesibukan bekerja. Tak boleh lepas dari kerja,terikat dengan kerja yg berlambak di pejabat. Bercuti di Boracay Island,Cebu. Ramai juga kawan-kawan mencadangkan tempat percutian untuk aku.
Tapi,rasanya aku tak nak sesiapa tahu tempat percutian aku,kemana hendak aku pergi. Jikalau ini percutian,biarlah aku dengan jiwaku sahaja yg bercuti. Orang lain tak perlu tahu. Papa pun tak tahu kemana aku bercuti,mula-mulanya Papa dan Mama risau kerana aku tidak ingin memberitahu kemana aku pergi. Takut jikalau terjadi apa-apa di luar pengetauhan mereka. Namun setelah aku menyakinkan mereka,papa dan mama bersetuju. Sesungguhnya mereka tahu bahawa anak gadis mereka tidak selemah gadis lain,pandai berdikari,menjaga diri sendiri. Namun papa dan mama susah untuk mengakui kebenaran tersebut. Namun percutian ni hanya seminggu.. Dan esok,hari terakhir aku untuk bersantai,lusa dah nak balik. Percutian kali ni membuatkan jiwa ku begitu tenang sekali. Aku begitu sukakan pantai. Laut nan biru,pasir nan memutih,ombak yg beralun. Dan tempat yang sesuai ialah Cebu. Memandangkan papa ada darah Phillipine,mungkin dari situlah hati tergerak ingin meneroka sekurang-kurangnya sedikit dari tempat asal aku sendiri. Mama keturunan Melayu campuran Bugis,sebab itulah tempat asal kelahiran aku di Johor Bahru. Mata tertutup saat hati bercerita kepada diri sendiri. Namun terdengar ringtone bertajuk Girl's Just Wanna Have Fun by Miley Cyrus. Lantas terhapus segala penceritaan lalu mata ku buka,pasti papa yang call sebab ringtone tu aku setkan hanya untuk papa dan mama. Tetapi hanya papa yang selalu menelefon ku tengah-tengah malam begini. Tengah malam?? Spontan mataku tertancap pada jam telefon yg berdering. Tepat pada pukul 12.30 a.m sudah. Ku panjang kan tangan,dan lantas menekan butang
hijau pada telefon. "Assalamualaikum". Terdengar suara garau namun lembut di telinga,suara yang di miliki papa sejak dahulu lagi. Sememangnya papa sangat lembut bila berkata,tidak pernah pun berkasar atau meninggikan suara padaku walaupun pada waktu kecil dahulu aku sedikit nakal.
"Waalaikumsalam,selamat malam papa". "Selamat malam bella". "Papa ganggu bella,ke ni? Bella dah tidur ke?". "Hehee.. Belum lagi lah,pa. Masih nak lepak-lepak kat luar bilik ni". "Bella sorang je,ke?". "A'ah,bella kan tak bawa kawan. Papa lupa,ke?". "Hmm.. Tak lah,tapi manalah tahu bella bawa juga kawan atau ajak kawan-kawan lain join bella". "Tak lah pa. Bella nak datang bercuti sendiri,so bella sendiri lah". "Okay. Mama kirim salam. Dia tanya bila nak balik? Mama bella tu dah rindu sangat katanya. Tersebut nama bella je memanjang". "Waalaikumsalam. Lusa bella balik lah,sebab bella seminggu je bercuti ni". "Maafkan papa,kalau bella rasa papa dan mama menghalang percutian bella bercuti lebih lama". " Bella tak rasa macam tu lah,pa. Lagipun bella nak bercuti seminggu je.. Seminggu ni pun kira lama dah. Nanti balik sure banyak dokumen atas meja. Kalau nak bercuti lebih lama,lebih banyak lah kerja bella berlambak atas meja tu haa". "Bella jangan risau,semua tu papa dah suruh staff lain bereskan. Benda-benda penting je yg perlu bella uruskan sendiri". "Urm. Thanks,pa. Mama dah tidur,ke?" "Dah,lepas makan tadi mama awal-awal dah naik tidur". "Yeke. Jadi papa kenapa belum tidur lagi? Papa buat keja lagi sampai tengah malam? Papa still kat bilik bacaan,ek? Apasal papa lewat sangat tidur? Banyak keja kat pejabat ya,pa?".
"Humm. Tak lah banyak sangat. Sikit je. Papa bawa balik umah keja-keja dari pejabat sikit. Lagipun papa tak boleh nak lelapkan mata tadi. So,papa buat keja sikit. Lepas tu nak tanya khabar anak papa ni". "Ooh. Papa jangan lewat sangat tidur. Buat keja tu perlahan-lahan. Kesihatan papa harus di jaga juga. Kalau mama tahu papa bawa balik keja mesti mama marah ni. Seteruk mana keja pejabat mama tak suka sesiapa bawa balik keja kat umah kecuali yang terpenting sangat,kan?". "Shhut. Jangan bagitahu mama kamu. Mestilah dia akan marah,sedangkan bella dah ceramah papa panjang sekali ingatkan papa lagi tentang peraturan mama. Hahaa". Terlepas gelakan kecil papa. "Rules mama bukan untuk menyekat sesiapa,tapi untuk kesejahteraan dan kesihatan untuk family. Sebab itulah mama menegaskan peraturannya harus di patuhi oleh orang rumah yang bekerja waktu pejabat". "Kamu saling tak tumpah macam mama,penasihat sejati. Hehehe." "Dan bella juga saling tak tumpah macam papa. Workaholic. Sebab itulah mama sediakan rules untuk family kesayangan". "Hahaha... Betul,betul!" Kali nie papa tergelak besar jelas kedengaran di telinga. Bingit juga papa ketawa ni. Hihihii.. "Baiklah. Bella tidurlah. Papa pun dah nak tidur ni,dah pukul 1. Esok papa bagitahu yang kamu akan balik lusa. Mesti mama kamu excited gila". "Hahaha!" Kali ni aku pulak yang tergelak besar,soalnya papa pandai sangat buat lawak,kalau serius pula serius sangat. "Papa ni cakap mama macam tu pula. Kalau mama dengar,kantoi lah papa! Hehehe.. Okay bella tidur juga. Jangan lupa kirim salam dekat mama,yek?
Assalamualaikum,papa." "Waalaikumsalam,bella." Ku matikan telefon bimbit seraya aku menyandarkan belakang ku ke kerusi. Mesti papa sibuk di pejabat gara-gara menyiapkan dokumen-dokumen yang harus di serahkan kepada aku. Papa persis aku,tak senang duduk di pejabat seandainya keja yg lain belum di habiskan. Pandai menyorok kan keja yg di bawa balik dari pejabat ke rumah.
Kalau lah mama dapat tahu,nahas kitorang kena ceramah. Hahaha. Rindu pada mama dan papa.
Di sebabkan itulah juga aku mengambil masa hanya seminggu untuk bercuti. Kerinduan pada mama dan papa akan lebih menebal nanti jikalau aku berlama-lama berjauhan dari mereka. Bukan sahaja mama dan papa,malah 3 sahabat karibku. Merekalah benteng kebahagian ku tatkala kesedihan mahu menerjah ke dalam diri. Merekalah yang berada di sisiku samada senang ataupun susah. Mata dah makin berat. Nampaknya sudah sampai masa untuk beta bersemadi di atas katil percutian ini. Cehh! Ada hati nak jadi permaisuri. Primadona pun tak dapat kot. Aku bergerak ke katil,membetulkan bantal lantas berbaring. Semoga malam ini di ulit mimpi yang indah..



Borocay Island. Cebu,Phillipine.




Kalau Dah Baca,Sila Lah Like ^.^

ella oooooohhh ella

Assalamualaikum...
Bismillahirahmanirahim..


Hari nie ella nak update entri. Tapi xda idea nak buat entri apa..
So ella rasa nak meroyan,merepek,gila2 sikit. Hari2 buat entri sopan boring jugak. Wah,hari2 kunun! Dulu yalah hari2. Skg mcm slow ja ella kan?
Sebab semenjak dua menjak tiga menjak ni ella bz sikit. So mana nak fikirkan idea nak update entri, mana nak buat keja sosial yg lain2. Dlm hidup ni
mesti ada nak buat,even keja xda. Keja? Ella jobless lah,ella nak jugak keja tapi
malas nak cari nie. Hihii.. Korang ada vacancy x kat mana2 yg sesuai dgn ella?
Ehhh! Jgn lah bg ella vacancy yg bkn2,bknnya ela desperate sgt. Cuma,
boring dduk kat umh 24/7. Huhuu!
Pa ella tulis nie? Merepek gila. Suka hati ella lah,blog ella kan? Hahaa


Ella nak complain jap. Kat facebok apesal ramai sgt org buat event merapu ek?
Alahai,naik lenguh tangan daku mendecline event2 yg khas dikau tujukan kepada daku dan yg lain2. Makcik,Pakcik sarat nak apa sbnarnya? Urghh!
Then,ramai sgt org nak minta couple. Eh u x laku dah ke nak ada boipren?
Kalau x laku dah i blh tlg ejaskan. Chian,klu mama & papa tau mst dorang
rasa lain sbb ank2 dorang menagih kasih & nak jd pgemis cinta kat laman sosial.
Uncle & Auntie suru belajar x nak. Apa kebende lah korang nie??
Pa lg lepas nie ella? Haaa! Ni lg yg seriau ella d buatnya. Kita sebagai
ahli rakan dlm facebook mmg lah saling support menyapport antara 1 sama lain.
Tapi jgnlah over sgt. Haiya,adalah chat ngan kita utk suruh like fan page sendiri
@ picture2 utk contest. Ella btl2 x hadap nak join contest2 nie sbb sedar diri.
Sometimes minta ella lke picture diorang,bila tekan jew. Ya ampuin!
Gambo punya lawo !! Tgelak2 ella sampai jatuh bawah katil lepas tu
continue gelak kat bawah katil pulak! Muakakaa!
Hmm. Yg hampeh lg,ada yg bajet,diva,propa,HOT lebihh! Ada yg jadi
minah & mat perasan. Perasaan dorang ni dah melambung tggi smpai terlebih
dari awan. Mak oiii,klu btl lawa bersyukur lah. Klu betul awk tu popular
its okay lah. Nie x. Mendongak ke langit smpai nak tgk ke bawah walaupun utk betulkan tali kasut sendiri pun x. Tau lah muka tu lawa,muka tu kacak,n everyone already know that u the smarter ones.
But thats not a guarantee for u to be a smart enough in worldwide.
Got it madam,sir?
Hot dalam facebook @ twitter. Weii,kat luar u hot x? Oh,i know!
Lets put u into microwave then i surely making u HOT !


Well,that's it for today.
Dear Ladies & Gentlemen.
Maafkan saya jika terkasar bahasa,membuatkan kanda + dinda +
ayahanda + bonda, terasa hati.
Tiada niat utk menyakitkan hati sesiapa. Hanya utk menegur dan menjadi wakil org lain. Bahawa anda perlu sedar,tidak semua manusia berdiri d ats platform seperti anda. Tidak semua manusia sekepala dgn yg lain.
Waspada itu perlu,hanya d sebabkan iri hati & kebencian membuatkan
kita menjadi hina. Tapi d sebabkan kelebihan yg Allah berikan sementara utk
di dunia ini membuatkan kita bermegah hingga melalaikan diri,
hati & akal sendiri. Org tua2 ckp, " sesiapa yg mkn cili,dia yg terasa pedasnya".
Tapi org modern skg ckp, " i'm not saying that i'm perfect. i'm just
perfect to be imperfection".
Renung-renungkan lah bersama.
peace. xoxo reader ^^





Kalau Dah Baca,Sila Lah Like ^.^

Greetings Everyone (tittle yg x menarik) ngee~~

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualikum...


Wah.. Lamanya ella dah x buat entri baru. Beberapa hari nie ella mls sgt
nak buat entri,lepas tu skg ella kurang sihat. :(
So hari nie ella nak buat entri about gadget ! Gadget yg akan d kemukakan
dan d bincangkan hari nie adalah SamSung Galaxy S II.
Actually my sister punya phone,not ella. Untung dia luvly hubby dia
belikan utk aniversary dia,klu ella x silap yg ke5. So dah 5 tahun lah usia
perkhawinan dia. My sister ni kira kahwin muda lah. Bcoz' dia dah married when her age 17. And abg ipar ella tu umur dia 29thn bila khawin. See? 11 years
beza umur dia,tp bhagia hgga skg n InsyaAllah selama2nya smpai ke Jannah.
Anak dah 2 masuk nak 3. :)) Ada baby baru lg. Yg dua ank dia nakal sekaligus
kesayangan ella juga dah skolah dua2.
So sebagai present utk aniversary dorang ni,abg telah menghadiah kan
kakak sebuah android phone yg bernama SamSung Galaxy S II.
Syuke x,syuke x?? Mst lah dia suka...
Ella ada jugak try2 pinjam snap pict guna phone kakak. Terang
gila. Depan belakang blh snap pict. At 1st kakak nak buy phone yg terbaru tu.
Yg iklan dia berbunyi.."phone? tablet? its a Galaxy Note.
Haa... Yg tu lah. Tapi kakak ckp SamSung Galaxy Note tu besar sgt.
Kalau tgh call org tertutup sbelah muka tu.. Haha!
Dah la size bdn kitorang kecil2,muka pun kecil.. Kalau lempang dgn Ipad pun
blh kena 1 muka.. Hihii !


ni dia. so tipissss...

amacam? cun x? slim kan..


tapi sorry to say lah bro. even ella terpikat jugak dgn lagaknya
si SamSung Galaxy S II nie,tp ella ttp jugak nak bergadget kan
BlackBerry Torch. Ngeee :D tapi kakak ckp BlackBerry Torch nie dia
xda function 3G. itu lah kelemahan gadget impian ella. tapi org lain
dah berduyun2,beruban dah guna BlackBerry Torch nie,tapi ella
baru nak pakai. huhuu :'( org lain dah pakai iphone 3g,iphone 4s,ipod,
samsung galaxy tab II,samsung galaxy note. tapi ella xkesah,ella ttp jgk dgn
pendirian ella nak BlackBerry Torch nie. ^^ sbb ella nak bbm. haha !
jgn lah ejek ella ek.. ella x mcm korang beli,buang,beli baru lg.
huhuu.. so here's the sample :)





tetapi semestinya lah ella nak kan yg kaler red ~.~



dan pict2 yg ella snap guna phone kakak
seperti d bawah :


cincin yg tercinta :)






bersama kesayangan ku :)


dan si primadona ;)




ok,thats it ! ella nak g mkn,lapar pulak 1 hari x mkn.
xoxo reader.





Kalau Dah Baca,Sila Lah Like ^.^

Moon Geun Young

Entri apa lg ella nak buat nie? Hahaha...
Ni entri pasal si cik Cinderela Stepsister..! Ella minat gila kat dia nie...
Dia cute la... Dia ni macam,si tomboy yg manis/cute/sexy.
Huhuuu... Seriously. Jelitawan habis ! Ella mula adore dia since 2004 dia
blakon dlm filem My Little 16 Bride.. Lepas tue ella nonton pulak drama dia
baru2 nie di tv2. Cinderella StepSister la tajuk dia..
Nah... Kat bawah ni ada gambar2 dia yg menarik...
Enjoy... ! ^^



cute dia ada mcm ella x? ngeee ~~





si tomboy yg manis :)




pakai apa pun tetap nampak cantik ;)



nak buat rambut mcm ni lah... hihiii








































Kalau Dah Baca,Sila Lah Like ^.^

My Dream Necklace ^.^

Hari nie ella nak buat entri psl necklace ella lah...
hehe... Bukannya pew,cuma ella nak minta sesiapa yg tau kat mana jual
rantai necklace yg cam camera nie. Tiny cute little camera..
Ella just nak share,n ask some help la...
Sesiapa yg ada jumpa buah necklace yg mcm camera2 nie tlg bgitau ella...
Boleh x? Pleasee.... I'm begging :'( I want this so badly.
tgk mcm background ella ni dah ada buah necklace tiny camera yg cute2...
Kalau ada gitau ella ek,tapi area Sabah,Tawau jew.
Saya ulangi lagi,area SABAH,TAWAU jew. Mustahil xda jual
kat mana2 shop aksesori @ butik2 kan? Cuma ella malas nak mencari dan berjalan semata2 nak cari. Hihiii... Ella nak minta tlg klu
sesiapa kwn2 yg trjmpa gitau ella,ek? Ella akan pergi sepantas kilat utk membeli barang tersebut ! Yeahh! Hahaha... Semagat gila ella nie.
So,thats it yg ella nak kongsi kan. Hehe. Jgn lupa inform ella ek?
Tapi kalau xda jual kat TAWAU nie mmg nasib ella x baik la..
Tapi kwn2 ella/reader/blogger baikhati nak tolong ella kan?
Baik x,baik x? Heheee ..
Okay,sayang korang.....!!


xoxoreader






Kalau Dah Baca,Sila Lah Like ^.^

Di KuasaKan Oleh Rosemila Muhammad