Shooting Star (chapter one)


Angin malam meniup lembut helaian rambut. ombak laut kedengaran deras bunyinya menampar telinga,namun membuai jiwa menjadi tenang. "Huuh". Keluhan d lepaskan. Bukan diri ingin mengeluh,tetapi ia bermaksud menghembus nafas lega. Kelegaan pada diri dan minda. Menjadi jiwa tenang dengan keadaan yg tidak pernah di rasakan seperti sekarang. Percutian. Percutian yang di rancang sejak berbulan lalu lamanya. Akhirnya,menjadi juga setelah lama di tangguhkan atas kesibukan bekerja. Tak boleh lepas dari kerja,terikat dengan kerja yg berlambak di pejabat. Bercuti di Boracay Island,Cebu. Ramai juga kawan-kawan mencadangkan tempat percutian untuk aku.
Tapi,rasanya aku tak nak sesiapa tahu tempat percutian aku,kemana hendak aku pergi. Jikalau ini percutian,biarlah aku dengan jiwaku sahaja yg bercuti. Orang lain tak perlu tahu. Papa pun tak tahu kemana aku bercuti,mula-mulanya Papa dan Mama risau kerana aku tidak ingin memberitahu kemana aku pergi. Takut jikalau terjadi apa-apa di luar pengetauhan mereka. Namun setelah aku menyakinkan mereka,papa dan mama bersetuju. Sesungguhnya mereka tahu bahawa anak gadis mereka tidak selemah gadis lain,pandai berdikari,menjaga diri sendiri. Namun papa dan mama susah untuk mengakui kebenaran tersebut. Namun percutian ni hanya seminggu.. Dan esok,hari terakhir aku untuk bersantai,lusa dah nak balik. Percutian kali ni membuatkan jiwa ku begitu tenang sekali. Aku begitu sukakan pantai. Laut nan biru,pasir nan memutih,ombak yg beralun. Dan tempat yang sesuai ialah Cebu. Memandangkan papa ada darah Phillipine,mungkin dari situlah hati tergerak ingin meneroka sekurang-kurangnya sedikit dari tempat asal aku sendiri. Mama keturunan Melayu campuran Bugis,sebab itulah tempat asal kelahiran aku di Johor Bahru. Mata tertutup saat hati bercerita kepada diri sendiri. Namun terdengar ringtone bertajuk Girl's Just Wanna Have Fun by Miley Cyrus. Lantas terhapus segala penceritaan lalu mata ku buka,pasti papa yang call sebab ringtone tu aku setkan hanya untuk papa dan mama. Tetapi hanya papa yang selalu menelefon ku tengah-tengah malam begini. Tengah malam?? Spontan mataku tertancap pada jam telefon yg berdering. Tepat pada pukul 12.30 a.m sudah. Ku panjang kan tangan,dan lantas menekan butang
hijau pada telefon. "Assalamualaikum". Terdengar suara garau namun lembut di telinga,suara yang di miliki papa sejak dahulu lagi. Sememangnya papa sangat lembut bila berkata,tidak pernah pun berkasar atau meninggikan suara padaku walaupun pada waktu kecil dahulu aku sedikit nakal.
"Waalaikumsalam,selamat malam papa". "Selamat malam bella". "Papa ganggu bella,ke ni? Bella dah tidur ke?". "Hehee.. Belum lagi lah,pa. Masih nak lepak-lepak kat luar bilik ni". "Bella sorang je,ke?". "A'ah,bella kan tak bawa kawan. Papa lupa,ke?". "Hmm.. Tak lah,tapi manalah tahu bella bawa juga kawan atau ajak kawan-kawan lain join bella". "Tak lah pa. Bella nak datang bercuti sendiri,so bella sendiri lah". "Okay. Mama kirim salam. Dia tanya bila nak balik? Mama bella tu dah rindu sangat katanya. Tersebut nama bella je memanjang". "Waalaikumsalam. Lusa bella balik lah,sebab bella seminggu je bercuti ni". "Maafkan papa,kalau bella rasa papa dan mama menghalang percutian bella bercuti lebih lama". " Bella tak rasa macam tu lah,pa. Lagipun bella nak bercuti seminggu je.. Seminggu ni pun kira lama dah. Nanti balik sure banyak dokumen atas meja. Kalau nak bercuti lebih lama,lebih banyak lah kerja bella berlambak atas meja tu haa". "Bella jangan risau,semua tu papa dah suruh staff lain bereskan. Benda-benda penting je yg perlu bella uruskan sendiri". "Urm. Thanks,pa. Mama dah tidur,ke?" "Dah,lepas makan tadi mama awal-awal dah naik tidur". "Yeke. Jadi papa kenapa belum tidur lagi? Papa buat keja lagi sampai tengah malam? Papa still kat bilik bacaan,ek? Apasal papa lewat sangat tidur? Banyak keja kat pejabat ya,pa?".
"Humm. Tak lah banyak sangat. Sikit je. Papa bawa balik umah keja-keja dari pejabat sikit. Lagipun papa tak boleh nak lelapkan mata tadi. So,papa buat keja sikit. Lepas tu nak tanya khabar anak papa ni". "Ooh. Papa jangan lewat sangat tidur. Buat keja tu perlahan-lahan. Kesihatan papa harus di jaga juga. Kalau mama tahu papa bawa balik keja mesti mama marah ni. Seteruk mana keja pejabat mama tak suka sesiapa bawa balik keja kat umah kecuali yang terpenting sangat,kan?". "Shhut. Jangan bagitahu mama kamu. Mestilah dia akan marah,sedangkan bella dah ceramah papa panjang sekali ingatkan papa lagi tentang peraturan mama. Hahaa". Terlepas gelakan kecil papa. "Rules mama bukan untuk menyekat sesiapa,tapi untuk kesejahteraan dan kesihatan untuk family. Sebab itulah mama menegaskan peraturannya harus di patuhi oleh orang rumah yang bekerja waktu pejabat". "Kamu saling tak tumpah macam mama,penasihat sejati. Hehehe." "Dan bella juga saling tak tumpah macam papa. Workaholic. Sebab itulah mama sediakan rules untuk family kesayangan". "Hahaha... Betul,betul!" Kali nie papa tergelak besar jelas kedengaran di telinga. Bingit juga papa ketawa ni. Hihihii.. "Baiklah. Bella tidurlah. Papa pun dah nak tidur ni,dah pukul 1. Esok papa bagitahu yang kamu akan balik lusa. Mesti mama kamu excited gila". "Hahaha!" Kali ni aku pulak yang tergelak besar,soalnya papa pandai sangat buat lawak,kalau serius pula serius sangat. "Papa ni cakap mama macam tu pula. Kalau mama dengar,kantoi lah papa! Hehehe.. Okay bella tidur juga. Jangan lupa kirim salam dekat mama,yek?
Assalamualaikum,papa." "Waalaikumsalam,bella." Ku matikan telefon bimbit seraya aku menyandarkan belakang ku ke kerusi. Mesti papa sibuk di pejabat gara-gara menyiapkan dokumen-dokumen yang harus di serahkan kepada aku. Papa persis aku,tak senang duduk di pejabat seandainya keja yg lain belum di habiskan. Pandai menyorok kan keja yg di bawa balik dari pejabat ke rumah.
Kalau lah mama dapat tahu,nahas kitorang kena ceramah. Hahaha. Rindu pada mama dan papa.
Di sebabkan itulah juga aku mengambil masa hanya seminggu untuk bercuti. Kerinduan pada mama dan papa akan lebih menebal nanti jikalau aku berlama-lama berjauhan dari mereka. Bukan sahaja mama dan papa,malah 3 sahabat karibku. Merekalah benteng kebahagian ku tatkala kesedihan mahu menerjah ke dalam diri. Merekalah yang berada di sisiku samada senang ataupun susah. Mata dah makin berat. Nampaknya sudah sampai masa untuk beta bersemadi di atas katil percutian ini. Cehh! Ada hati nak jadi permaisuri. Primadona pun tak dapat kot. Aku bergerak ke katil,membetulkan bantal lantas berbaring. Semoga malam ini di ulit mimpi yang indah..



Borocay Island. Cebu,Phillipine.




Kalau Dah Baca,Sila Lah Like ^.^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila2 lah komen ek..
sudi2 lah,kerana dirimu...begitu berharga !! ^^

Di KuasaKan Oleh Rosemila Muhammad