shooting star (chapter two)

Sebaik sahaja kapal terbang mendarat. Kaki ku kini d jejakkan d tanah air sendiri. Humm. Dah sampai rumah rasanya,walaupun masih d lapangan terbang. "Welcome to Senai International Airport,Johor Bahru." Kedengaran suara pramugari wanita. Selepas mengambil bagasi,aku melangkah keluar. Terasa seseorang mendekati aku. "Cik bella." Aku menoleh ke belakang. "Ooh. Pak mat." "Mari saya angkatkan beg cik bella." "Baiklah,terima kasih pak mat." Pak mat hanya senyum.
Pak mat adalah pemandu mama dan papa. Dari jauh kelihatan kereta Alphard bewarna hitam. Humm.. Mesti mama jemput ni,sebab kereta Alphard untuk mama. Kalau papa jemput pula, mengunakan kenderaan Mercedes hitam. Pak mat membuka bonet kereta,dan memasukkan bagasi ke dalam bonet. Aku pula membuka pintu kereta untuk masuk ke dalam. Tiada kelihatan kelibat mama,setelah pak mat masuk ke dalam kereta. "Pak mat,mana mama? Tak ikut?"
"Datin kat umah. Datin kata nak jemput bella,tapi memandangkan flight bella lewat smpai pukul 11 a.m. Jadi datin tunggu bella kat umah je katanya. Nak masak untuk tengahari sekali." "Ooh. Papa kat pejabat harini ke,pak mat? Papa drive sendiri lah?" "Iya cik bella. Dato' suruh pak mat jemput cik bella." "Hmm" Aku mengangguk kepala sahaja. "Oh ya,cik bella. Dato' kata hari ni ada pertemuan istimewa dengan pelabur saham syarikat L'avenir Holding." "Pertemuan istimewa? Apa maksud 'istimewa' tu pak mat?" "Makna nya pertemuan yg tidak berlaku dalam pejabat. Pelabur syarikat dan papa cik bella telah membuat temu janji pertemuan di luar pejabat. Dengan makan bersama waktu tengahari ini." "Wah.. Nampak istimewa sangat pelabur kali ni,pak mat." "Mungkin juga cik bella. Pak mat dengar,kawan lama dato'." Kawan lama? Hmm. Ntah la,kawan papa aku tak berapa tahu siapa. Nanti papa akan kenalkan juga tu.. Hal dalam syarikat mestilah aku kena tahu dengan teliti. Dan mesti di selidik walaupun dia keluarga sekalipun. Bukannya syak wasangka terlebih pula. Tapi cuma nak berwaspada,zaman sekarang ni saudara mara pun boleh menghancurkan sesama sendiri.
Sampai ke halaman rumah. Aku turun dari kereta,sementara itu pak mat mengambil bagasi aku.
"Assalamualaikum." Mama kelihatan dari dapur muncul dan berjalan menuju ke arah aku di muka pintu. "Waalaikumsalam." "Bella,apa khabar nak?" Aku bersalam dengan mama dan mencium tangan dan pipi mama. "Bella sihat lah,ma.. Haa.. Maintain cun lagi ni..!" Sambil memusing-musingkan badan ku di hadapan mama. Mama pun meneliti segala pergerakan ku. Aku berhenti berpusing,tak lama berjuling pula mata mama. Mama ni pun satu,aku pusing kanan dan kiri pun dia tengok juga. Hahaha! "Umm. Iyalah,anak mama tetap lawa walau bagaimanapun!" Kami beriringan masuk ke dalam dapur. "Jom makan. Mama dah masakkan makanan kegemaran bella. Pucuk ubi santan dengan asam pedas. Papa kamu tak lunch sesama harini. Dia ada meeting kat luar katanya." "Tahu. Pak mat dah bagitahu bella tadi. Papa lunch dengan pelabur saham baru ya,ma?"
"Iya.. Papa akan kenalkan pada bella nanti,dan mungkin akan mengaturkan meeting di dalam pejabat nanti untuk seluruh staff syarikat tahu yang ada pelabur saham terbaru dalam syarikat." "Ha? Staff-staff syarikat tu belum tahu lagi apa-apa tentang pelabur terbaru syarikat??" Terkejut aku. "Belum lagi. Papa rasanya sengaja untuk tunggu bella balik dari bercuti. He doesn't want u missed anything about it." Mama menjelaskan pada ku. "Hmm.." Hidung ku terus membau kelazatan makanan di hadapan ku. Sedapnya bau.. Masakkan mama memang terbaikkk! Terbaik dari ladang lah katakan. Hehehe.. Mama hanya memandangku. "Jom lah makan. Cuci tangan dulu,bismillah juga sebelum suap nasi ke dalam mulut tu. Mama nampak macam bella macam nak telan dah semua tu." "Hahaha! Ada-ada je lah mama ni. Nampak sedap sangat. Cuma mama suka sangat masak lauk-lauk berlemak ni tak lama badan bella naik pulak." Sambil menyuapkan lauk dan nasi ke dalam mulut. Terasa enaknya masakan mama. "Ala.. Bukannya selalu pun. Lagipun yg berlemak tu yang ella suka sangat makan,favorite food semuanya yang berlemak. Mama nak buat macam mana. Makanan sihat macam mana pun tak semuanya sedap. Bukannya bella nak makan pun kalau tak ada rasa." "Hehee.." Sengih aku,tayang gigi kat mama. "Tapi,anak mama ni pandai jaga badan juga. Kuat exercise,pagi-pagi pergi mana tu? Gym?" "Gym fitness lah,ma." Aku berkata sambil tersenyum. "Lah.. Sama lah tu kan.." Kami sama-sama tertawa..
Selepas habis makan tenghari,aku naik ke atas bilik. Mama menyuruh aku solat zohor dulu sebelum terlena d atas katil. Aku bergegas ke bilik air untuk mngambil wuduk dan bersolat. Takut bila lama-lama duk punggung kat katil terlena pula. Rasa tired juga,jet leg. Selesai habis solat zohor,aku berbaring di katil. Dan terlena...
"Assalamualaikum.." "Waalaikumsalam." Terdengar suara papa dari pintu masuk rumah memberi salam. Lalu mama membalas salam papa. Aku keluar dari dapur dan bersalam dengan papa. "Hmm. Sihat? Masak dengan mama,ke?" Papa terbau sup tulang mama dari dapur dah tahu yang mama tengah masak dan aku semestinya membantu mama setiap kali memasak. "Alhamdulillah. Sihat walafiat,pa. Tengah bantu mama masak kat dapur lah ni." Lalu mama berkata... "Abang naik lah,mandi dulu. Nanti turun dah,kita makan sama-sama." "Haa.. Iyalah. Papa naik dulu." Aku mengangguk sambil papa berlalu naik ke atas. Aku dan mama kembali ke dapur untuk memasak sisa-sisa tadi yang tertinggal. Mama memang selalu jemput papa kat luar pintu tiap kali papa pulang dari pejabat. Walau lambat macam mana sekalipun papa,mama tetap akan tunggu papa dan jemput kat depan pintu. Bertuah papa dapat mama,dan bertuah aku memiliki mama dan papa sebagai orang tua ku.
Selepas makan malam papa,mama dan aku bersantai di hadapan tv. Papa bersuara. " Bella,bila boleh ke pejabat?" "Ishh.. Abang ni,kan bella baru dari bercuti tu. Masih jet leg agaknya tu." Mama kelihatan seperti tak puas hati dengan pertanyaan papa. Takut mungkin perjalanan di kapal terbang tadi memenatkan aku. "Esok bella dah nak start masuk office,pa. Tak pa ma,bella tak penat pun. Lagipun bella ke sana bukannya atas urusan kerja,tapi bercuti juga. So penat tu dah hilang dah beberapa hari lalu." Aku memandang papa dan mama sambil tersenyum. "Humm. Baguslah kalau begitu. Lusa boleh papa aturkan meeting dengan pelabur saham kita yang terbaru ni. Ni kawan lama papa sebenarnya. Kawan papa waktu belajar kat university dulu. Tapi tentang saham ni,mungkin dia akan mewakilkan anak dia untuk meeting nanti. Papa sengaja nak tunggu bella balik,baru buat meeting and buat officially announcement about
our new stock investors. Supaya bella tak tertinggal apa-apa tentang ni." Jelas papa. "Well,thanx pa. I'll be ready for lusa. But,sapa nama kawan papa tu?" "Tengku Muhammad Hariz" Ooh.. Hatiku menyahut. "Baiklah pa,bella naik tidur dulu. Esok sebelum pergi office bella nak workout lagi. So,nak bangun awal jugak." "Humm. Alright,pergi lah tidur dulu." Aku melangkah kan kaki naik ke bilik. Bila masuk aku berbaring,dan selepas membetulkan posisi aku terfikir.. Papa cakap tadi kawan papa tu nak anak dia wakilkan. Kalau kawan papa,Tengku Muhammad Hariz. Anak dia tengku apa pulak? Alaa.. Peduli lah. Sooner or later i'll get know. Lagipun papa dah nak set kan meeting lusa. Baik tidur,esok dah nak bangun awal. Bukannya masa percutian lagi ni. Hihiii..
Aku tersenyum,menutup mata. Akhirnya terlena d buai mimpi...




Kalau Dah Baca,Sila Lah Like ^.^

Di KuasaKan Oleh Rosemila Muhammad