shooting star (chapter 3)

selepas kemas bersiap,aku menuruni anak tangga. Bersarapan bersama mama dan papa sebelum ke pejabat hari ini.
"Morning,Papa! Morning,Ma!" Mama seakan terkejut dengan suara ku. Opps! Mungkin agak lantang nadanya kedengaran mama. "Hehee. Minta maaf buat mama terkejut."
"Kalau ia pun excited sangat dengan pelabur saham baru harini,jangan lah ucapkan selamat pagi pada papa dan mama macam tu. Nasib baik mama takda heart attack tau." Hehehe.. Senyum semakin meleret pada mama. "Ala,its not about that's our new investor la. Lagipun,kalau bella excited apa hubung kait nya dengan pelabur saham baru?" "Laa.. Takkan tak tahu,kan kawan papa tu nak anak dia wakilkan untuk meeting hari ni? Mama dah jumpa dia tau,masih muda lagi,segak anak dia tu. Berbudi bahasa dengan orang tua,belajar kat London pun masih teguh pegangan agama." "Yang mama puji melambung dia tu apasal? Mana mama tau dia tu betul-betul hormat orang tua? Kuat pegangan agama? Entah-entah,dengan orang-orang tua miskin kat tepi jalan tu dia sepak macam tu ja. Dengan mama iyalah,sopan santun. Malam-malam keluar pergi club lepas tu minum arak dengan kawan-kawan dia." Sinis aku berkata,dengan nada yang kurang puas hati. Aku masih berdiri,belum melabuhkan punggung di atas bangku meja makan. Entah kenapa hati merasa ada yang tidak kena pada mama. Mama jarang puji anak orang ni. Pelik betul lah mama hari ni. Apa yang mama nampak kat mamat tu? "Bella,kenapa cakap macam tu? Bella belum kenal dia siapa lagi dah cakap yang bukan-bukan. Mama tu takpa,memang dah jumpa sekali dua dengan dia. Lagipun,kan lebih baik kita berkata yang baik tentang orang lain daripada berkata buruk tanpa usul periksa. Kalau pun dia bukan budak yang baik,sekurang-kurang nya mama tak dapat dosa dengan memperkata dia dengan perkara yang tak baik. Meskipun,orang itu tidak baik kelakuan dan hakikatnya benar. Memperkata keburukan orang masih tetap salah." Aku terdiam. Nah,kan dah terima padah. Kena motivasi pagi-pagi,mulut ni pun satu. Suka hati je bercakap tak ingat papa ada kat depan mata. "Hmmm.. Iyalah. Bella cuma pelik,mama puji dia baik sangat." Sambil aku menarik bangku duduk,dan mengkaut nasi goreng masakan mama. Bau sedap je,pagi-pagi dah buat perut orang lapar. "Lagipun,mama sebenarnya bukan lah insan yang kuat memuji seseorang berdasarkan fizikal. Kalau hati pulak,tak kan mama dah bedah hati dia sampai boleh tengok semuanya?" Hahaha..! Serentak kami bertiga ketawa.
"Haa... Itulah bella tak fikirkan sejak tadi. Mama jenis yang tak suka puji orang lain berdasarkan perwatakan nya. Hati dia memang mama tak boleh bedah la. Tapi,mata dia yang mama pandang tu mengikhlaskan segala-galanya." Kata penuh berperasaan lebih. "Hai! Ni yang pandang-pandang mata segala ni apa kes?" Hahaha.. Mama ketawa kecil. "Bukan,mama ni kan kira dah veteran lah. Cukup senang menembusi mata seseorang terus ke hati. Dan budak ni memang menggambarkan hati dia ikhlas melakukan sesuatu benda tu." Aneh la mama ni. Aku betul-betul heran. Aku menggeleng. "Hmm. Iyalah. Dia budak baik lah sangat. Bella nak makan ni,nak ke pejabat. Dah pukul 8,karang terlewat pulak sampai pejabat. Dan bella rasa tak puas hati nak jumpa,si jejaka ikhlas seperti yang mama cakap tu." Papa hanya tersenyum sambil menyuap kan nasi dan meminum teh hangat. "Baiklah,lepas kamu pulang kerja nanti bagitahu mama apa kamu fikir tentang dia. Ya?" Habis sahaja aku menenguk air teh hangat. "Yang mama nak sangat tahu apa yang bella fikir dia kenapa? Bella malas lah nak judge orang." Dengan mimik muka yang menandakan aku malas. "Eleh,tak suka judge orang konon. Padahal,kalau ada yang tak kena kat luar tu mesti cakap dengan kita. Orang tu lah,orang tu ni lah." "Ishh! Takda lah. Mama nie. Okay,i gotta go now. Pa,see you at office k." Aku menyalam papa dan mama. "Assalamualaikum." Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Wah,rindunya kau VolksWagen.
Dalam perjalanan ku,berdering telefon ku. Aku menekan butang hijau.. "Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam. Wei,bila kau sampai hah? Tak bagitahu pun." "Ala.. Aku sampai semalam lah babe. Harini dah masuk office." "Hah? Dah masuk office? Ala,tak kan tak boleh cuti lagi. Manja-manja lah kat papa kau sikit." Terdengar ketawa kecil di telefon. "Hahaha. Dah cuti 1 minggu,tak kan tak nak masuk lagi hari ni? Kalau company sendiri pun,boleh bankrap tau." Hahahaha! Tergelak besar kami berdua. "Babe,ada ole-ole tak untuk aku? Kau jangan cakap takda,kang aku bom kereta kau dengan kau sekali." "Amboi,ada hati nak jadi tentera Iraq bom mengebom. Eleh,kau tak payah risau. Present korang semua ada. Batu karang." Hahaha! Sengaja aku mengusik. "Kau jangan,batu tu sampai aku ketuk kan kat kepala engkau tu!" "Hahaha.. Adalah.. Nanti malam aku bagi. Aku tak bawa sekarang ni." "Eh,helo. Sapa jugak yang nakkan sekarang."
"Ala.. Dia yang dah tanya pagi-pagi ni." Aku tersenyum. "Malam nanti kita dinner babe." Kataku.. "Tu,kau jangan bimbang sayang. Kitorang dah setkan dinner menyambut kepulangan kau dengan menyambut present kami sekali. Hahaha!" Gelak bagaikan raja kejam. "Okay lah,malam karang. Pukul berapa?" "Urmm. Pukul 8 lah senang. Kat restoran favorite kita,k! Jam 8 malam. Ingat tau! Bawa present tu,kalau tak siap kau kitorang kerjakan!" "Fine,aku tak lupa. Ok lah babe,aku tengah drive ni." "Laa.. Apasal kau tak bagitahu awal-awal? Kau tau tak apa kesalahan kita bercakap melalui telefon ni di masa kau tengah memandu? Kau tau tak terkandung dalam akta berapa? Sebenarnya aku tak tahu sangat pun akta tu ada berapa." "Hahaha! Gila lah kau ni! Aku pakai handsfree lah bertelefon dengan kau ni." "Oh,yeke? Takpa,please carry on your drive k. Pandu cermat,jiwa selamat. " "Hahaha.. Iyalah-iyalah. Okay,assalamualaikum." "Waalaikumsalam." Seraya aku mematikan telefon. Aku tersenyum. Hehe. Adelia..Adelia.
Ada sahaja yang di cakapnya. Merepek pun boleh buat orang gelak. Adelia adalah salah satu antara kawan baik ku. Ada lagi,Izzah dan Zaynah. Rindu korang. Seminggu berjauhan dah kerinduan. Hmm. Aku menekan minyak kereta,menjadikan kereta lebih laju dari tadi. Di sebabkan Adelia call tadi,perjalanan ku menjadi lambat. Aku kurangkan kelajuan sebab aku tengah bertelefon,takut terlanggar apa ke kalau tak fokus. Tambahan lagi Adelia suka sangat buat lawak. Sampaikan steering kereta pun boleh tak terkawal di buatnya. Dari Taman Nong Chik ke pejabat di Jalan Inderwasih. Jauh sangat rasanya. Hah! Dah sampai,kejap lagi jam 9 ni...! Lewat la pulak. Gusarnya hatiku. Terus aku memarking kereta di car park bila parking tu kosong. Bagus ni,teduh lagi dan tak jauh dari entrance. Tangan ku bergegas mengambil briefcase ku. Bila kaki ku melangkah keluar dari pintu kereta,satu kereta berwarna merah menghon aku dari belakang kereta. "Eee.. Sapalah yang hon aku panas-panas begini! Dah la panas,tambah panas hati aku!" Aku menutup kereta sambil memegang bagasi aku. "Woi! Ape ni hah! Memekak,menghon orang suka-suka hati! Penyumbahlewang ke apa!" Sakit betul hati aku d hon bertubi-tubi,memekak lagi tu. Orang di sekeliling heran melihat aku terjerit-jerit pun aku tak kisah. Dah la aku lambat,entah kan mesyuarat tu dah start. Matilah aku kalau lambat. Marah la pelabur saham tu nanti.
Orang yang berada di dalam kereta merah itu menurunkan kaca tingkapnya.Ternyata seorang lelaki! Patut lah kuang ajaq semacam! "Eh,miss. Saya dah bertenggek dari tadi tunggu nak dapat parking tu,miss senang-senang je masuk dengan pantasnya park kereta cik tu ya." Nadanya menyindir,tapi mukanya tenang macam tak marah. Aku ingatkan tadi menekan hon macam nak pecah hon kereta dia tadi,dah marah macam gorilla. Tapi masih nampak tenang lagi. Ala,lantak lah! Mungkin sebab mata dia tak nampak. Sebab dia pakai glasses hitam yang besar macam lalat tu. "Miss! Dengar tak?" Opocot! Mak aii.. Terkejut la aku si beruk ni! "Eh,awak yang lambat apasal? Kalau kat sini,awak ingat senang dapat parking? Awak yang slow,nak salahkan saya rebut car park awak pulak? Banyak cantik muka awak,yang tak seberapa nak cantik tu!"
Saja aku menunjukkan muka garang supaya dia tak berani nak lawan lagi. Baik aku cabut,kalau dia turun dari kereta nahas aku. "For your information Mister,kalau nak parking tu jangan slow sangat. Awak slow sangat sampai saya tak nampak kereta awak sebenarnya nak parking kat tempat parking kereta saya sekarang ni." Saja nak menyindir. Baru padan muka dia.. "Dah la,saya ada meeting. Saya lewat nanti di sebabkan awak saja. Apa kata awak travel lah lagi bahagian-bahagian sini cari parking,ek? Sekian terima kasih." Aku berlalu dengan langkah yang di atur dengan cepat. Macam beri syarahan yang menyakitkan hati lah aku ni. Saja mau cari pasal dengan orang. Kang orang tu sakit hati kat aku,datang kejar aku macam mana? Ala.. Manalah orang nak cari gaduh gara-gara rampas car park orang lain. Macam manalah kalau ada macam tu,ek? Dah la aku memang lambat,aku salahkan dia lagi. Memang nasib "baik" kau lah harini lelaki..
Aku tersenyum meleret. Dan menekan butang lif 3.
Papa dekat pintu office ku berbual dengan setiausaha nya. "Pa,belum mula lagi ke?"
"Urm. Dia belum datang lagi. Kejap lagi kot sampai,maybe jalan jem." "Yalah pa,tadi bella nak sampai pejabat pun jem." Saja nak buat alasan lambat datang,walaupun papa tak kisah sebenarnya. Cuma aku yang terlalu mementingkan ketepatan masa. Tapi harini aku lambat pula. Hehe. "Yeke? Tapi kan bella duluan keluar rumah dari papa?" Ala.. Masih ingat lagi papa ni. "Hmm... Bella singgah beli barang tadi,tu yang nak keluar dari rumah awal sikit. Tapi terlupa pulak yang jalan dah jem bila start pukul 8." Alasan.. Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih. "Oh,ya. Mungkin sebab bella bercuti seminggu tu dah terlupa yang jalan ke pejabat selalunya jem." Papa memberikan senyuman. "Mungkin lah kot. Okay pa,bella masuk dulu. Jumpa di ruang meeting nanti." "Okay." Papa berlalu. Aku meletakkan bagasi dan duduk di bangku. Fuhh! Nasib baik tak lambat. Rupanya dia lagi lambat. Ni mesti dia dah kebiasaan sangat datang lambat ni. Ohh,mungkin sebab itulah papa dia nak dia hadir meeting ni! Mungkin sebab papa dia nak dia belajar tentang tepati masa kot. Alaa.. Anak mama lah tu! Aku melihat tangan ku. Ya Allah! Aku terlupa nak ambil dokumen kat kereta tadi,aku sempat ambil briefcase ni ja. Ni mesti sebab aku rushing dan mamat tadi hon-hon aku macam orang gila! Nasib baik takda dokumen yang nak di gunakan untuk meeting nanti. Kalau tak mampus aku! Nanti lepas meeting je lah aku ambil kat bawah. Baik aku ke bilik meeting sekarang. Entah-entah,dia dah datang dengan lenggang-lenggok nya.
Aku membuka pintu ruangan meeting,ramai dah orang. Ada beberapa orang yang aku tak kenal.
Papa berdiri. Dan mengenalkan aku kepada dua orang yang duduk di sebelah kanan kerusi kedua dari papa. "Bella,kenalkan Encik. Amri." Aku bersalaman dengan Encik Amir. "Dan Encik.Raffi." "Nice to meet you Encik Amri. Nice to meet you Encik Raffi." Mereka membalas ucapan ku. "Encik berdua ni adalah pembantu wakil pelabur syarikat kita yang baru,dari Bright Corporation." Aku mengangguk. Dan terfikir seketika. Pembantu? Jadi makna nya ada lagi yang belum sampai ke? Wakil yang sebenar ke mana? "So,ada lagi yang belum sampai ke?" "Erk. Sekejap lagi,wakil sebenar akan sampai. Mungin di sebabkan jalan jem kot." Aku tersenyum,menangguk. Tak mahu mereka merasa tidak selesa.
Ek eh? Dia belum sampai lagi ke? Dah dekat 10 minit aku sampai kat pejabat ni. Dia ni berapa jam nak lambat? Dia ingat orang semua lembu ke nak tunggu dia lama-lama? Pintu kedengaran di kuak oleh seseorang.
Papa berdiri lalu semua orang ikut berdiri. Aku pun berdiri lah. Nampaknya wakil sebenar dah sampai kot. "Tengku Muhammad Yusuf. Selamat datang ke L'venir Holding." Papa dan dia bersalaman. Aku melirik wajahnya. Patut lah mama puji melambung.. "Terima kasih. Maaf saya terlambat." Papa menjarakkan diri dari dia. "Takpa,Yusuf. Kenalkan,anak saya Aqish Syabriella iaitu CEO L'avenir Holding." Aku bersalaman dengan dia. Dia kelihatan tersenyum meleret memandang aku. "Maaf lah saya terlambat. Tadi saya round-round cari parking takda. Bila dah ada,nasib tak baik. Ada orang curi parking saya." Dia masih senyum meleret. "What?!" Aku melepaskan tangan yang masih mengenggam persalaman itu. "Biasalah tu,kat sini susah sikit cari parking. Kalau orang luar nak datang,terlambat sikit memang susah sikit nak dapat lah." Papa berkata. Lalu mereka ketawa. Hehehe.. "Iya,Dato." "Silakan duduk."
Apa maksud nya,ada orang curi parking dia? Baju tu,putih. Macam mamat tadi lah. Ahh! Bukan dia kot. Banyak lagi orang yang "curi" parking tu dari aku. Lagipun aku dah terdesak sangat nak cepat. Dia pun aku tak nampak,walaupun kereta dia merah menyala. Menyala macam mana pun aku tetap tak nampak apa-apa kalau dah rushing sangat. Sementara itu,mesyuarat pun di mulakan...

































Kalau Dah Baca,Sila Lah Like ^.^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila2 lah komen ek..
sudi2 lah,kerana dirimu...begitu berharga !! ^^

Di KuasaKan Oleh Rosemila Muhammad